23 June 2014

LEPAS SURPRISE BABY SHOWER - AWAL ASHAARI BUAT MAJLIS KESYUKURAN, TUNAI NAZAR



Selepas kontroversi dihentam oleh seorang 'haters' gara-gara majlis 'Surprise Baby Shower' mereka baru-baru ini, akhirnya Scha Al-Yahya dan suami, Awal Ashaari telah mengadakan majlis kesyukuran.

Bertemakan warna kuning, majlis tersebut turut dihadiri rakan selebriti, media, peminat dan golongan yang kurang bernasib baik. Menurut Awal, majlis yang diadakannya itu adalah kerana menunaikan nazarnya apabila Scha hamil.

Klik gambar untuk size besar




"Majlis hari ini sepatutnya lepas kahwin dulu dah buat. Kerana sibuk ditunda-tunda sampailah Awal sendiri bernazar jika Scha mengandung kena buat sebuah majlis kesyukuran. Itulah cerita sebenarnya majlis hari ini.

"Bila dah fikir pasal majlis kesyukuran, jemputan pula macam terhad. Jadi bila dah ada deko dan hiasan cantik daripada Kuntum by Najeeb kami ambil kesempatan waktu petang tersebut dengan menjemput klien-klien yang terdiri dari yang bukan Muslim yang selama ini memberikan kepercayaan kepada kami berdua menjadi jurucakap atau pun duta.



"Waktu petang biasalah ada aktiviti-aktiviti sikit dan ia dapat memberi peluang kepada rakan untuk datang malam atau petang," ujar Awal dipetik sebagai berkata.

Untuk makluman, Awal dan Scha telah mengesahkan yang mereka bakal menimang cahaya mata perempuan. Scha dijangka bakal melahirkan bayinya itu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Tahniah diucapkan!





Photo: prettypeektures



         ________________________


No comments: