23 June 2014

CINTA HANEZ SURAYA & ROMIE PUTUS - BENAR ATAU SANDIWARA?



Mungkin ramai yang tidak percaya pasangan dua sejoli iaitu Hanez Suraya dan Romie benar-benar boleh berpisah. Namun itulah yang didakwa berlaku oleh 'Metro Ahad' yang melaporkan Hanez sudah mengambil keputusan untuk mengorbankan hubungannya dengan suami orang itu.

Persoalannya sekarang, benarkah mereka kini sudah tidak ada apa-apa lagi? Atau ia sekadar satu sandiwara mereka berdua untuk meredakan kontroversi gara-gara dihentam teruk oleh masyarakat disebabkan isu 'perampas'?

Bagi yang masih kabur, jom baca luahan Hanez ini:





"Saya tidak mampu berbuat apa-apa. Bayangkan setiap kali isu perceraian Romie dan Liyana dibangkitkan, nama saya diheret sama. Dalam perbicaraan pun nama saya tidak disebut, tetapi alih-alih di laman sosial nama saya dikaitkan.

Saya menjadi bahan cemuhan dan hinaan. Saya tidak faham mengapa ia terjadi, sedangkan sebelum ini saya tegaskan apa jua masalah yang berlaku antara Romie dan Liyana, jangan kaitkan nama saya.

Saya sudah korbankan hubungan kami. Cuma orang yang tidak tahu keputusan yang saya ambil sebab saya bukan jenis semua perkara mahu dipukul canang.



Apa yang saya fikir sekarang mahu meneruskan kerjaya seni, tetapi nampaknya orang masih terus menuduh dengan membuat pelbagai dakwaan negatif. Saya habis punca walaupun mengambil keputusan sejauh ini.

Saya bersedia mengundur diri memandangkan masalah dihadapi hanya mereka yang tahu dan faham. Cuma saya minta apa jua masalah, selesaikan berdua dan jangan babitkan nama saya.

Ini kali kedua saya menyatakan perkara sama. Jika saya tidak lagi ada dan wujud dalam hidup mereka namun masih dikaitkan, nampaknya saya menjadi kambing hitam dalam situasi berlaku yang ia sangat tidak bagus."


Bagaimana? Apa pendapat anda?




         ________________________


No comments: