14 June 2014

AIDIL ZAFUAN NAFI BERLAKON SEBAB CARI HUTANG NAFKAH



"Tuduhan saya mahu tambah pendapatan kerana perlu membayar nafkah sangat mengarut. Saya terkejut apabila ada pihak yang sengaja mahu memanaskan isu.

"Sedangkan apa yang saya lakukan sekarang ini (berlakon) sekadar suka-suka. Tak ada kena mengena dengan nafkah. Gaji saya sebagai pemain bola sepak sahaja dah cukup untuk beri nafkah anak," demikian luah pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan menafikan dakwaan yang dia berlakon kerana mahu bayang hutang nafkah.





Tambah Aidil, dia terkejut apabila ada pihak tidak bertanggungjawab sengaja mencetuskan kontroversi kerana penglibatannya dalam lakonan sekadar ingin mencuba bidang baru.

Untuk info, Rabu lalu Aidil telah memuat naik foto dia seperti sedang berlakon di sebuah lokasi penggambaran dengan meletakkan nota 'At the set with wife zaremazaina. TheGlups'.



Melihat foto tersebut, membuat segelintir pihak memberi komen positif dan negatif kerana ada yang menyokong dan ada juga yang mendakwa kononnya Zafuan menerima tawaran berlakon kerana ingin membayar nafkah tertunggak kepada bekas isterinya sejumlah kira-kira RM100,000.

Klik gambar untuk size besar





Sumber: MStar



         ________________________


No comments: