13 June 2014

PANGGILAN HANGIT 'ISU HAMIL' - HOT FM MOHON MAAF



Gurauan yang tidak kena pada tempatnya!

Demikianlah komen ramai pihak mengenai segmen Panggilan Hangit melibatkan pemain bola sepak,  Nor Farhan Muhammad dengan isterinya. Ini kerana, isu yang diketengahkan oleh stesen radio Hot FM itu ialah isu 'hamil luar nikah' atau hubungan terlarang dengan suami orang.

Akibatnya, pihak pengurusan stesen radio berkenaan semalam memohon maaf berhubung insiden tersebut kerana menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pendengar.



Dengar panggilan tersebut selepas ini:


"Pihak pengurusan Hot FM dan Nor Farhan hari ini meminta maaf kepada seluruh pendengar khususnya pendengar Hot FM TGanu atas siaran panggilan hangit baru-baru ini," kata kenyataan tersebut.

Untuk info, dalam siaran 3 Jun lalu seorang wanita kononnya mengadu kepada isteri Nor Farhan bahawa dia telah dihamilkan oleh pemain bola sepak tersebut dan dia (Nor Farhan) enggan bertangungjawab.



Namun apa yang menarik, isteri Nor Farhan amat tenang menerima panggilan tersebut dan meminta wanita tersebut bertemunya untuk berbincang.

"Hot FM ingin memohon maaf atas perkara ini dan pihak pengurusan sedang meneliti isu ini dengan lebih mendalam," tambah kenyataan dari Hot FM lagi.




         ________________________


No comments: