19 June 2014

BEKAS ISTERI 'RESTUI' HUBUNGAN NORA DANISH & NEDIM



Dalam ramai pihak bertelagah mengenai hubungan Nora Danish, 32, dengan Nedim Nazri... bekas isteri Nedim iaitu Nabilah Khan sebaliknya merestui hubungan tersebut. Malah Nabilah turut berharap isu Nora yang kononnya menjadi orang ketiga hingga menyebabkan perceraiannya tidak lagi diperbesarkan.

"Saya gembira dengan hubungan pasangan itu yang sudah lama terjalin lebih-lebih lagi anak saya iaitu Mohamed Nedrin (Dre) turut bahagia di samping Nora.

Nabilah Khan dan anaknya - klik gambar untuk size besar




"Nedim adalah bekas suami dan ayah kepada anak saya. Dia telah menjalinkan hubungan dengan Nora dalam tempoh masa yang agak lama dan mereka dilihat bahagia bersama.

"Anak saya, Dre juga gembira apabila bersama mereka serta anak Nora (Putera Rayqal). Dan sebagai seorang ibu saya bahagia melihat anak saya bahagia.



"Saya bukanlah seorang selebriti dan tidak biasa dengan perhatian yang diberikan orang ramai.

"Diharap penjelasan yang diberikan dapat meleraikan isu ini," ujarnya yang dipetik melalui laman Instagram miliknya semalam..

Untuk makluman, isu timbul apabila Nora merasa kecewa apabila dituduh menjadi punca perceraian Nedim yang juga anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, turut kecewa dam marah apabila ada individu menyindirnya dalam Instagram milik Nabilah selepas dia memuat naik gambar bersama anak bekas suami-isteri itu dalam Instagram miliknya.

Akibatnya, Nora menerima komen negatif menerusi Instagram milik Nabilah termasuklah ada yang menuduhnya sebagai 'perampas'.

Sebagai info, Nedim Nazri dan Nabilah Khan pernah berkahwin pada 2011 dan dikatakan bercerai dua tahun kemudian.



         ________________________


No comments: