11 June 2014

BERCUTI 7 HARI 5 MALAM DI JORDAN BERSAMA ANUAR ZAIN



Mahu menyaksikan konsert Anuar Zain secara langsung dan eksklusif ketika makan malam di Laut Mati, Jordan? Mahu merakamkan kenangan indah bersama Anuar secara one-to-one tanpa gangguan?

Semua itu bakal menjadi nyata apabila buat julung kalinya Scenic Leisure & Event, FBA Media Sdn Bhd dan Anuar Zain Network Sdn Bhd bakal menganjurkan percutian bersama-sama peminat ke Jordan pada November ini.

Klik gambar untuk size besar




Antara tempat yang bakal dilawati nanti ialah tapak warisan seperti Petra, Jerash, Amman Citadel dan banyak lagi. Paling menarik, keunikan Laut Mati juga bakal dinikmati oleh para peminat yang bercuti bersama Anuar.

"Saya suka mengembara melihat sejarah, budaya dan senibina sesebuah negara. Jordan antara negara yang belum pernah saya lawati. Jadi apabila datang peluang sebegini, saya tidak lepaskan malah saya ingin mengajak semua peminat turut sama bercuti sambil bergembira bersama-sama saya," ujar Anuar.



Anuar ditemui myartis.com ketika majlis 'Magical Jordan With Anuar Zain' yang diadakan di Restoran Songket, berdekatan KLCC, Kuala Lumpur.

Tambah Anuar, percutian itu merupakan momen bersejarah bagi perjalanan seninya kerana buat pertama kali dia berpeluang bercuti bersama-sama peminat.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai percutian yang hanya disediakan untuk 250 orang itu, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di talian 03 80733648.





























         ________________________


No comments: