11 June 2014

DAKWAAN PUKUL ISTERI - KISAH RUMAH TANGGA 'RAHSIA' BAGI AWIE



Jika semalam, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, meminta pihak yang menyebarkan dakwaan dia memukul isterinya memberi bukti sahih, terbaru penyanyi rock Wingg itu tidak akan mendedahkan sebarang masalah rumah tangganya kepada umum meskipun ia menjadi satu kontroversi.

Tambah penyanyi dan pelakon itu, sekiranya dia berbuat demikian, tanpa sedar ia sedikit sebanyak akan menggugat rumah tangganya.





"Bagi saya hal rumah tangga tak perlulah nak diceritakan kepada umum. Tak kisahlah sama ada ia kontroversi atau tidak, cerita-cerita suami-isteri tidak perlu didedahkan," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Untuk info, Awie baru-baru ini didakwa memukul isterinya, Rozana Misbun,35, di sebuah bank di Ampang sehingga menimbulkan kekecohan. Kejadian kononnya telah disaksikan oleh beberapa orang yang berada di situ.



Bagaimanapun Awie enggan memberi komen tentang khabar angin tersebut dan meminta bukti sekiranya dia benar ada melakukan perkara tersebut.

"Saya tak mahu komen tentang perkara ini. Kalau betul saya penyanyi rock yang dikatakan telah pukul isteri, buktikan dahulu.

"Apabila ada bukti, baru saya akan jelaskan. Ini masalah rumah tangga saya dan saya tidak mahu cerita tentang perkara ini.

"Buat masa sekarang saya anggap perkara ini adalah fitnah," katanya.



         ________________________


No comments: