05 June 2014

BERTUDUNG BUKAN KERANA 'HAI O' - FARA FAUZANA



"Bukan berhijab, tetapi sebenarnya saya perlahan-lahan (berjinak) untuk memakai tudung. Ia masih belum sempurna lagi. Kadangkala masih nampak leher dan ada masanya hanya berserkup aja," demikian ujar Fara Fauzana mengenai langkah awalnya bertudung.

Fara ditemui myartis.com ketika majlis pelantikannya sebagai duta produk Yakult di Sri Pentas TV3, Damansara Utama, Petaling, Selangor, semalam. Selain itu, Atai (anak saudara Sudirman) turut terpilih sebagai jurucakap Yakult.





Tambah Fara, ia adalah satu langkah awalnya untuk menjadi muslim yang lebih baik sejak empat bulan lalu. Ini kerana, pencetus kepada perubahannya itu sebenarnya ada pada hati dan perasaan semua wanita Islam.

"Bukan tidak mahu bertudung penuh atau pakai baju labuh, tetapi benda-benda macam ni bagi saya sesuatu yang tidak boleh dipaksa. Ia satu hari nanti pasti akan datang dengan sendirinya," ujar Fara.



Bagaimanapun, Fara menolak dakwaan segelintir pihak yang dia bertudung disebabkan bercinta dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan iaitu Hairuddin Omar, 35, atau lebih dikenali peminat sukan sebagai 'Hai-O'.

"Saya agak terkejut dengan gosip berkenaan kerana saya juga tidak pernah mengenali pemain bola sepak tersebut secara peribadi.

"Saya hanya kenal dia sebagai pemain bola sepak kerana saya memang minat sukan itu dan gosip berkenaan sama sekali tidar benar," katanya menepis gosip yang tersebar.







         ________________________


No comments: