05 June 2014

AARON AZIZ KINI JADIKAN HONG KONG ‘RUMAH KEDUA’



Aaron Aziz kini menjadikan Hong Kong sebagai rumah keduanya apabila mendapati bandar tersebut amat menarik dan mempunyai banyak kejutan setiap kali dia melawat negara itu.

“Hong Kong terasa seperti rumah kedua kepada saya. Ia seperti sebuah bandar yang bertenaga yang merangsang dan membawa kejutan setiap kali lawatan saya ke sana. Ia pasti ada sesuatu yang baru untuk melihat, belajar dan menimba pengalaman setiap kali saya melawat Hong Kong.





“Selain itu, pelbagai kemudahan untuk pelancong Islam turut disediakan oleh mereka. Pelancong akan sukar untuk membuat pilihan kerana terdapat pelbagai tawaran hebat serta kedai makanan halal yang enak-enak, " ujar Aaron.

Aaron berkata demikian ketika majlis pelancaran pameran ‘ Berkembangnya Harbour Hong Kong ‘ di Malaysia di One Utama, Damansara Utama, Petaling, semalam. Pameran tersebut yang akan diadakan dari 3 hingga 8 Jun itu adalah sebahagian daripada Minggu Hong Kong di Malaysia yang merangkumi juga aktiviti ‘Hong Kong - Kerjasama Serantau ASEAN’, forum perniagaan dan ‘Spotlight Hong Kong di Pulau Pinang’.



Antara tetamu kehormat yang turut hadir di majlis perasmian itu ialah Carrie Lam (Ketua Setiausaha Pentadbiran , Hong Kong) dan Dato' Haji Azizan Noordin (Timbalan Ketua Pengarah , Tourism Malaysia).

Untuk info, Victoria Harbour adalah nadi Hong Kong dan merupakan salah satu landskap bandar paling hebat di dunia. Keindahan laut dalam pelabuhan semula jadi di antara Pulau Hong Kong dan Kowloon Semenanjung telah merangsang pertumbuhan ekonominya kepada sebuah bandar kosmopolitan.



“Melalui pameran ini, kami berharap untuk menunjukkan wajah baru kami Victoria Harbour dan Hong Kong. Selain ekonomi , seni dan aneka budaya untuk rakan-rakan kami di Malaysia, kami yakin bahawa Minggu Hong Kong di Malaysia adalah permulaan untuk peluang kerjasama yang memberi manfaat bersama kepada kedua-dua negara,” ujar Carrie.







         ________________________


No comments: