Jika baru-baru ini penyanyi Safura Yaacob dinasihatkan oleh doktor agar tidak hamil lagi disebabkan faktor usianya yang sudah pun mencecah 43 tahun, terkini Diana Danielle pula mengambil pendekatan merancang keluarga.
Dengan perancangan tersebut, impiannya untuk menimang anak kedua dalam masa terdekat tidak akan kesampaian. Ini kerana dia hanya akan hamil lagi dalam masa dua tahun akan datang kerana ingin memberi fokus pada kerjaya dan membesarkan anak sulungnya Muhammad.
Selain sebab anak sulung, Diana juga mempunyai komitmen sebagai duta kepada beberapa produk, jadi dia merasakan adalah lebih baik kelahiran anak dirancang selepas dua tahun nanti.
"Nak ikutkan hati teringin juga nak tambah anak. Tetapi saya ada menandatangani kontrak untuk beberapa produk di mana saya tidak boleh mengandung kerana ia akan menyukarkan pergerakan promosi.
"Tambahan pula Muhammad sedang membesar, dia juga perlukan perhatian sepenuhnya daripada saya dan suami (Farid Kamil).
"Mungkin selepas habis kontrak iaitu pada dua tahun akan datang baru kami boleh memikirkan anak kedua," katanya dipetik sebagai berkata.
________________________
No comments:
Post a Comment