06 June 2014

OTAI MASIH BERBISA - RUSUHAN GARA-GARA KILAUAN EMAS 4?



Meskipun ada segelintir pihak yang rasa kecewa dan tertipu dengan program Kilauan Emas 4 (KE4), terbitan Astro Rabu lalu akibat pengumuman juaranya ditangguh, namun KE4 tetap hangat dan meriah.

Paling hangat, terdengar juga berlakunya rusuhan kecil di hadapan pintu masuk Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Selangor sebelum bermulannya konsert akhir gara-gara ada peminat yang tidak dapat masuk ke dalam dewan.





Menurut laporan media, kira-kira 500 peminat setia rancangan itu kononnya merusuh. Ini kerana, tempat duduk di dalam dewan tersebut hanya boleh menampung 1000 penonton, namun entah kenapa bilangan penonton yang hadir melebihi kapasiti.

"Agak tegang juga situasi malam tadi…Yang kami dengar mereka yang tak dapat masuk menjerit dan menghentakkan banner yang ada di perkarangan dewan," lapor akhbar.



Wahhh... hebat juga penangan otai yang masih berbisa! Bagaimanapun, kekecohan itu dapat dikawal apabila ia berjaya ditenangkan oleh krew bertugas. Mereka semua akhirnya akur untuk hanya menonton menerusi skrin besar yang disediakan di luar dewan.

Persoalannya... bagaimana dengan Konsert Mega dan pengumuman juara rabu depan? Sudahkah Astro bersedia untuk memenuhi permintaan peminat untuk menonton secara live di dalam dewan?Atau Astro masih memikirkan pelbagai strategi bagi menambah undian dan wang?





         ________________________


No comments: