06 June 2014

KAMI TIDAK PERNAH DATING ATAU BERCINTA - HAIRUDDIN OMAR



"Kami tidak bercinta dan tidak pernah pun keluar bersama. Cukuplah! Jangan buat andaian yang tidak betul. Kesian dengan dia (Fara)," demikian kata Kapten pasukan bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hairuddin Omar mengenai gosip bercinta dengan Fara Fauzana, 34.

Artikel terdahulu:

Tambahnya yang lebih dikenali sebagai 'Hai O', dia bersimpati dengan nasib Fara apabila dia digosipkan bercinta dengannya.





Selain itu, 'Hai O' turut meminta semua pihak agar tidak mengaitkan mereka lagi memandangkan dia dan Fara tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa.

"Fara membuat keputusan bertudung tiada kena-mengena dengan saya kerana ia adalah kehendak dia sendiri," jelas 'Hai O' dipetik sebagai berkata ketika diminta mengulas sejauh manakah kebenaran gosip tersebut.



Bagaimanapun, 'Hai O' mengakui yang dia mengenali Fara kira-kira tujuh tahun lalu ketika Fara bersama kru Hot FM singgah di restorannya di Terengganu.

Selain 'Hai O', Fara juga kelmarin turut menafikan yang dia bertudung atas permintaan lelaki itu, sebaliknya ia didakwa atas kesedaran diri sendiri.


         ________________________


No comments: