19 June 2014

BERTUNANG TAHUN LALU - DAZRIN KAMARUDIN & AMYRA KAHWIN 8 OGOS DEPAN



Akhirnya pelakon Dazrin Kamarudin mengakui bakal melangsungkan perkahwinan dengan aktres Amyra Rosli, 23, pada 8 Ogos depan. Ini bermakna, pernikahan mereka esok akan berlangsung ketika umat Islam masih meraikan Hari Raya iaitu dalam bulan Syawal.

"Insya-Allah saya dan Amyra akan disatukan sebagai suami-isteri pada 8 Ogos depan iaitu dua minggu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.





"Saya memilih tarikh itu kerana ia bulan kelahiran Amyra dan dia dilahirkan pada tahun 1988. Jadi ia sebagai satu simbolik sebagai ingatan kami berdua," katanya dipetik sebagai berkata.

Untuk info, mereka sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada 25 Ogos 2013 iaitu selepas tiga tahun bercinta.



Terdahulu, Dazrin mengakui merasa gementar untuk bergelar seorang suami. Bagaimanapun, dia mengakui sudah bersedia mengalas tanggungjawab tersebut.

"Tanyalah pada sesiapa pun perasaan gemuruh itu pasti akan ada pada mana-mana lelaki yang bakal berkahwin tambahan pula tarikh untuk disatukan itu semakin hampir.

"Pun begitu saya sudah bersedia untuk melayari alam rumah tangga bersama Amyra dan berharap perancangan ke arah itu berjalan dengan baik," ujar Dazrin yang ditemui media di sebuah majlis di Hotel One World, Bandar Utama, Petaling, Selangor.

" Saya tidak melihat keputusan saya untuk menamatkan zaman solo akan memberikan impak negatif kepada kerjaya lakonan saya yang sedang meningkat," demikian pula kata Amyra, yang turut sama berada disamping Dazrin.



         ________________________


No comments: