07 June 2014

GAMBAR - JIMMY SHANLEY BERGELAR SUAMI KALI KEDUA



Akhirnya, pengacara Jimmy Shanley mengakhiri zaman dudanya apabila sah bergelar suami kepada ahli perniagaan Mariam Jamilah Abdul Jalil, 27, dengan hanya sekali lafaz. Mereka berdua bernikah hari ini di Hotel Concorde, Shah Alam Selangor kira-kira jam 6.20 petang.

Majlis pernikahan mereka juga diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat. Jimmy dan Mariam bernikah berwalikan bapa kepada Mariam, iaitu Tuan Haji Abdul Jalil dengan mas kahwin berjumlah RM 1,000.

Klik gambar untuk size besar




Pihak lelaki memberi wang hantaran berjumlah RM 15,000 serta membawa 5 dulang hantaran berbalas 7 daripada pihak perempuan.

Untuk makluman, pernikahan Jimmy kami ini merupakan kali kedua buatnya selepas bercerai dengan Nursuhaila Eliani dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Zahrah Rania Shanley.

Tahniah diucapkan buat Jimmy dan Mariam.














         ________________________


No comments: