09 June 2014

GARA-GARA KEJAR PENCURI - KERETA BARU AJAK SHIRO 'JAHANAM'



Bakat pelawak Ajak Shiro, 28, (Mohamad Hanaffi Razak), bukan hanya di Gelanggang Raja Lawak, tetapi dia juga berbakat mengejar pencuri umpama filem Hollywood. Heh.

Akibatnya, kereta Honda Accord yang baru dibeli oleh Ajak tiga bulan lalu habis 'jahanam' disebabkan adegan kejar mengejar yang berlaku semalam. Semuanya gara-gara dia mengejar tiga pencuri yang cuba memasuki rumahnya di Kempas, Johor.





Untuk info, pencuri yang memandu lori jenis Isuzu awalnya telah cuba mengambil barangan katering yang disewa untuk kegunaan majlis pertunangan adiknya. Kata Ajak, mujurlah ibunya perasan ada pencuri di belakang rumah sedang mengambil barangan katering tersebut lantas dia menjerit.

"Selepas mendengar jeritan ibu, mereka berhenti mencuri dan terus lari. Saya pula terus mendapatkan kereta saya untuk mengejar mereka.

"Bayangkan dari Kempas sampai ke Kulai saya kejar. Sudah macam adegan dalam filem pula. Habis jalan berlubang saya redah sampai rosak kereta dibuatnya. Walhal baru tiga bulan kereta itu saya beli," katanya dipetik sebagai berkata.

Dan selepas mengejar mereka sejauh beberapa kilometer, ketiga-tiga pencuri tersebut akhirnya meninggalkan lori dan barangan curi tersebut di tepi jalan.

Manakala laporan polis pula telah dibuat Ajak di Balai Polis Kulai dan di Skudai.



         ________________________


No comments: