27 June 2014

INFO - KEMERIAHAN 'ZAPIN ALDILFITRI' DI SUNGEI WANG PLAZA 9 JULAI INI



Kuala Lumpur, 27 Jun 2014 – Sempena Majlis Pelancaran Zapin Aidilfitri di Sungei Wang Plaza, pada 9 Julai 2014, tiga artis tempatan iaitu Marsha Milan Londoh, Sabhi Saddi dan Azhael AF13 telah dijemput untuk berbuka puasa dengan 37 remaja dari Rumah Amal Cahaya Tunku Ampuan Rahimah (RACTAR), Subang Jaya, Selangor.

Difahamkan, artis tersebut juga akan membuat persembahan secara 'live' dengan menyanyikan lagu-lagu terkini mereka termasuk beberapa lagu Hari Raya.

Malah kehadiran Marsha yang sebelum ini memang terkenal dengan watak suara 'Elsa' dalam filem Disney Melayu 'Frozen' pastinya akan membuat anak-anak yatim tersebut lebih ceria.





Untuk info, objektif utama majlis pelancaran itu adalah untuk menandakan permulaan sambutan bulan Ramadan dan Hari Raya di Sungei Wang Plaza dari 9 Julai – 3 Ogos 2014. Berikutan itu, akan diadakan beberapa aktiviti menarik seperti persembahan tarian zapin, pertandingan tarian zapin dan penebusan sampul duit raya untuk pelanggan yang membeli-belah di situ.



"Konsep Zapin Aidilfitri adalah untuk menyambut Hari Raya dengan gembira melalui persembahan pentas yang telah disediakan. Pihak kami amat berbesar hati untuk mengadakan Majlis Pelancaran Dikir Aidilfitri bersama artis-artis undangan seperti Marsha, Sabhi dan Azhael.

"Kami berharap tetamu jemputan khas kami dari Rumah Amal Cahaya Tunku Ampuan Rahimah akan turut teruja dan gembira dengan kehadiran artis yang akan membuat persembahan secara 'live' serta meluangkan masa bersama untuk berbuka puasa dan mengambil gambar bersama mereka," ujar KK Lim, Pengurus Kanan, Pemasaran dan Komunikasi Sungei Wang Plaza.



Tambah KK Lim, pelbagai aktiviti sempena sambutan Zapin Aidilfitri akan diadakan dari 9 Julai hingga 3 Ogos 2014. Antaranya ialah persembahan tarian zapin aidilfitri oleh kumpulan tarian swatari, pertandingan tarian zapin termasuk hadiah bertuah untuk pelanggan yang membeli RM100 dan ke atas dalam resit terkumpul pada hari yang sama akan dapat menebus satu set koleksi duit sampul raya.




         ________________________


No comments: