12 June 2014

ISU CERAI ABBY ABADI - FARHAN MAIN KAYU TIGA?



Dalam perbicaraan pengesahan cerai di mahkamah semalam, Abby telah memaklumkan pihak mahkamah yang wujudnya kronologi SMS di dalam telefon bimbit bekas suaminya Muhammad Noor Farhan Che Bakar dengan seorang wanita. Rantaian SMS itu diketahui Abby pada Januari tahun ini, ketika dia memeriksa telefon bimbit Farhan.

"Saya tidak mahu komen berkenaan itu kerana ia tidak memberi manfaat pada sesiapa” kata Abby kepada wartawan apabila diminta untuk mengulas lanjut tentang SMS tersebut.





"Perkara seperti itu tidak berlaku di hadapan mata saya. Perkara seperti ini saya tidak boleh buat main dan menuduh," ujar Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37 tahun.

Abby juga berkata episod kehidupannya pada kali ini tidak akan menjejaskan hubungannya pada masa akan datang. Abby juga menidakkan kenyataan di Instagram yang mana anaknya, Danish, menyuruh Farhan kurangkan melepak dan berkaraoke dengan rakan-rakan.



"Sebenarnya Danish tidak duduk dengan saya, dia berada di Tahfiz. Jadi dia sebenarnya tidak tahu apa-apa yang berlaku di sini. Dia nak bercakap dan berbincang dengan Farhan tapi saya rasa tidak perlu," ujar Abby.


         ________________________


No comments: