27 June 2014

ISU PEGANG TANGAN FARID KAMIL - NORA DANISH ANGGAP SATU PENGAJARAN



Akan lebih berhati-hati bila bersama dengan suami orang!

Demikian luahan Nora Danish, 33, yang baru-baru ini menimbulkan kekecohan gara-gara berpegang tangan dengan suami Diana Danielle, iaitu Farid Kamil. Semuanya bermula apabila Nora memuat naik foto tersebut di Instagtamnya bagi mempromosikan filem 'Pengantin Malam' sehingga Diana menegurnya.

"Selepas ini saya akan lebih berhati-hati apabila bekerjasama dengan pelakon lelaki yang berstatus suami orang.





"Mungkin perkara ini akan menjadi pengajaran buat diri saya sendiri," ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Bagi saya perkara ini sudah menjadi lumrah dalam dunia seni dan saya harus terima perkara itu sebagai dugaan pada diri.



"Bagaimanapun saya ada keluarga untuk memberi semangat pada saya. Mungkin orang nampak saya seorang yang kuat tetapi sebagai wanita, hati saya mudah terguris dengan isu-isu negatif seperti ini," tambahnya.

Untuk info, isu ini menjadi panas apabila Diana meluahkan perasaan tidak puas hati dalam Instagram miliknya. Dia seolah menyindir seorang artis yang memegang tangan suaminya ketika bergambar untuk mempromosikan sebuah filem.

Gambar (kiri) yang menjadi kemarahan Diana


Meskipun tidak menyebut siapakah individu itu, namun ramai pihak dapat mengagak artis yang diperkatakan adalah Nora Danish.

Bagaimanapun, ada juga segelintir pihak yang menganggap tindakan Diana itu tidak matang dan kebudak-budakan.

Malah kelmarin, Farid Kamil selaku suami memohon semua pihak memaafkan Diana diatas tindakan isterinya itu.

"Saya berharap perkara tersebut dapat dimaafkan. Maafkanlah dia dengan tindakannya yang melampirkan status sebegitu rupa. Sebenarnya itu adalah isu biasa", jelas Farid mempertahankan Diana.







         ________________________


No comments: