18 June 2014

SKANDAL ADI PUTRA - PEGAWAI PENYIASAT KENA TINDAKAN : KES BAKAL DIBUKA SEMULA?



Dalam ketenangan kes skandal Adi Putra yang awalnya telah diumumkan sebagai No Further Action (NFA) atau bermaksud tiada tindakan selanjutnya daripada pihak polis, tiba-tiba ia kini hangat semula apabila bekas suami Nooraida Abdul Mutalib iaitu Amiruddin Othman memuat naik sekeping gambar di Instagram menunjukkan keratan surat rasmi dari Bukit Aman

Kalau anda masih ingat, Amiruddin sebelum ini pernah membuat laporan tatatertib di Bukit Aman kerana meragui sikap profesional pegawai yang menyiasat kes berkenaan.

Klik gambar untuk size besar




Alasannya, pegawai polis yang membuat siasatan kes itu berat sebelah dan bersubahat dengan pelakon tersebut. Dan daripada gambar surat rasmi yang dimuat naik itu, pihak yang didakwa bersubahat itu dilaporkan telah pun dikenakan tindakan tatatertib.

Persoalannya sekarang, mungkinkah peguam yang mewakili Nooraida dan Amiruddin dalam kes skandal tersebut bakal memohon pihak polis untuk melakukan siasatan semula?

Jika ya... apakah episod lama (perbicaraan) akan berulang kembali dan siapakah pemenangnya kali ini?

Surat rasmi Bukit Aman yang dimuat naik Amiruddin





         ________________________


No comments: