26 June 2014

TINGGAL JAUH DI JOHOR BAHRU PUNCA AIDIL ZAFUAN TAK JENGOK ANAK



Aidil Zafuan menafikan tuduhan Rita Rudaini yang dia sengaja tidak mahu menjengok anak-anaknya selepas berkahwin baharu. Malah dia juga mempersoalkan tujuan dan niat Rita memberikan kenyataan 'tidak benar' kepada media baru-baru ini.

Meskipun awalnya dia enggan berbalah dengan bekas isterinya itu, namun dakwanya kenyataan Rita yang agak menyentuh perihal isterinya Zarema Zainal, membuat dia bangkit mempertahankan kebenaran.

"Mengapa tiba-tiba Rita membuat pendedahan seperti itu. Apakah tujuannya berbuat demikian? Dalam hal ini, hanya saya dan isteri saya tahu perkara sebenar. Jujurnya kami tidak terkesan langsung dengan pendedahan yang dibuat.

Aidil dan Zarema kini menetap jauh di Johor Bahru




"Pada awalnya saya malas hendak berbalas kenyataan atas nasihat kawan-kawan. Tapi saya perlu bersuara kerana perkara itu membabitkan isteri saya sekarang. Hakikat sebenar saya sudah lama mahu menjenguk anak.

"Rita mengadu kepada para media kononnya dua minggu sebelum perkahwinan baru saya mahu menjenguk anak dan selepas bernikah langsung menghilang. Hakikat sebenar saya sudah lama mahu menjenguk anak.

"Bukan dalam tempoh 2 minggu tapi sebelum itu lagi. Saya ada mesej (Rita) bertanyakan soal anak dan meminta kebenaran untuk bertemu mereka. Malangnya tiada sebarang jawapan. Hanya pada seminggu sebelum saya kahwin, baru dia membalas mesej dan izinkan saya jenguk mereka.

"Itupun kawan yang beritahu selepas terlihat gambar itu di Instagram Rita. Apabila saya tanyakan perkara itu, Rita tempelak saya balik.

"Bukanlah lebih wajar beliau maklumkan kepada saya bahawa anak saya sakit kerana saya adalah bapanya. Ini tidak, beliau lebih senang muat naik gambar ke Instagram daripada memberitahu saya," ujar Aidil dipetik sebagai berkata.



         ________________________


No comments: