29 July 2014

2 GAMBAR - RAGAM JAMAL ABDILLAH & ANAK SAMBUT AIDILFITRI



"Sesibuk manapun dengan tugas, nyanyian dan konsert, saya tetap pastikan masa dengan anak perlu ada. Malah, saya bekerja keras dalam bidang seni pun untuk memastikan anak dapat pendidikan dan apa yang mereka perlukan dengan selesa," ujar Jamal Abdillah dipetik sebagai berkata.

Oleh yang demikian, kedatangan Syawal menjadi saat penting untuk Jamal berkumpul bersama dua anak lelakinya yang semakin membesar, Osama, 13 dan Zaki, 8.





Untuk info, Osama kini sedang menuntut di sekolah seni dan menetap di asrama manakala Zaki pula dalam tahun dua. Dia dan bekas isterinya kini secara bergilir-gilir menjaga Zaki yang masih perlukan perhatian sepenuhnya.

"Persiapan raya kami macam orang lain juga setiap tahun. Saya sebenarnya tidak suka membazir kerana lebih suka menabung untuk masa depan anak. Kalau hari raya, saya lebih suka mereka memakai baju Melayu dan setiap seorang saya belikan tiga pasang.



"Juadah kegemaran saya dan anak pada hari raya pula adalah ketupat, lemang dan rendang yang semuanya dibeli saja," kata Jamal yang masih terkenang kenangan manis beraya bersama arwah ibunya, Zainon Hassan yang meninggal dunia pada 1991.

"Saya masih ingat lagi, setiap kali pulang ke kampung kami di Ipoh, Perak, sayalah yang akan menjadi pemandu arwah ibu untuk pergi beraya ke rumah saudara-mara.

"Kini, semuanya tinggal kenangan dan sambutan raya di kampung juga tidak lagi semeriah dulu. Bagaimanapun, selepas pemergian ibu, saya dan adik-beradik menumpang kasih dengan ibu tiri kami," tambahnya.



Sumber: RAP

         ________________________




No comments: