29 July 2014

8 GAMBAR - HUBUNGAN AMY SEARCH & NABILA HUDA KEMBALI JERNIH



Lautan mana yang tak bergelora, bumi yang mana tidak ditimpa hujan. Demikian jugalah halnya dengan Nabila Huda dan ayahnya Amy Search yang sebelum ini bermasam muka gara-gara kontroversi yang melanda mereka berdua.

Namun dengan kedatangan Aidilfitri, dua tangan akhirnya bersalaman dan bermaafan demi silaturahim yang sekian lama terpahat.





"Alhamdulillah ... Ya Allah Kau makbulkan rintihan ku. Aku sangat bahagia. Moga terus bahagia hingga ke jannah.

"Menyambut birthday aku yang ke 56 di 1 syawal memang sungguh bermakna. Alhmdulillah dan moga Allah kurniakan kebahagian ini hingga ke Jannah," ujar Amy Search melalui IGnya.

Sementara kata Nabila pula, "Muka happy selepas makan berpinggan-pinggan lemang dan ketupat.Ohh i love raya's food!"

Klik gambar untuk size besar


Nabila bukan hanya menyambut raya bersama keluarganya, malah sempat juga menyambut hari lahir ayahnya itu.

"Happy birthday to papa saya, Suhaimi bin Abdul Rahman. Semoga dipanjangkan umur dan bahagia hingga akhir hayat," doa Nabila.

Alhamdulillah!














         ________________________




No comments: