02 July 2014

ALHAMDULILLAH - NEELOFA KINI BERHIJAB, TUTUP AURAT



Hidayah Allah SWT ada di mana-mana dan tidak kira masa. Inilah yang berlaku terhadap Neelofa, 25, yang kini terbuka hati untuk menutup aurat dan sekaligus berhijab untuk selamanya.

Berita gembira itu telah dikongsikan sendiri oleh pengurus Neelofa, iaitu Mohd Amer Shafiq Khalip (Shawn Amer). Katanya, Neelofa membuat keputusan berhijab semalam dan ia merupakan perubahan positif buat pelakon itu.

Klik gambar untuk imej besar




"Benar, Neelofa sudahpun berhijab dan dia telah mengesahkan perkara tersebut kepada saya.

"Dia juga melihat perubahan yang dilakukannya adalah satu perkara yang positif buat dirinya," ujar Shawn dipetik sebagai berkata.



Sementara itu, Neelofa yang dihubungi media mengakui yang dia kini memang sudah berhijab. Katanya perkara itu terjadi atas doa dan sokongan daripada pelbagai pihak, peminat-peminat, keluarga dan terutamanya ibunya.

"Memang betul ini imej terbaru daripada saya dan kenapa saya pilih untuk berhijab biarlah ianya kekal sebagai cerita peribadi saya.



"Saya mula berhijab pada hari kedua Ramadan dan saya nekad untuk bertudung setelah sekian lama berdoa kepada Allah untuk diberikan petunjuk dan jalan yang terbaik buat saya. I feel like it completes me.

"Saya mengharapkan orang di luar sana untuk terus mendoakan dan menyokong saya dan saya amat menghargai setiap sokongan yang diberikan," jelasnya.















         ________________________


No comments: