02 July 2014

TAHNIAH - MIZZ NINA & NOH SAMBUT 'ANNIVERSARY' & 'BIRTHDAY' SERENTAK



Semalam (1 Julai 2014) merupakan tarikh ulang tahun perkahwinan Mizz Nina dan Noh Hujan atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh yang ketiga. Apa yang menarik, ulang tahun perkahwinan tersebut juga bersamaan dengan hari ulang tahun kelahiran Mizz Nina yang ke-34.

Ikhlasnya, bukan mudah mempertahankan rumahtangga selama tiga tahun jika tiada tolak ansur dan sefahaman. Tambah-tambah bagi mereka yang bergelar artis dan selebriti... kerana mereka sering diduga dengan pelbagai dugaan.

Klik gambar untuk imej besar




"Happy anniversary Mohammad Noh Bin Salleh. Alhamdulilah, I praise and thank Allah for introducing you in my life. Thank you for being such a loving and supportive husband, bestfriend and partner in this life and the next insyAllah. May Allah protect us, always keep us with his love, & guidance to the straight path till' our very last breath, ameen. I love you & love you lilaahitaala & till' Jannah sayaaaaangku," ujar Mizz Nina melalui IGnya.

Tahniah diucapkan. Doa kita semua semoga Mizz Nina dan Noh akan terus berbahagia hingga ke anak cucu. Amin.







         ________________________


No comments: