02 July 2014

IKHWAN HOT FM PUTUS TUNANG LAGI..!!



Bukan sekali, tetapi dua kali putus tunang!

Itulah nasib yang menimpa Ikhwan Hot FM atau nama sebenarnya Mohd Khairul Ikhwan yang popular melalui rancangan Galaksi TV9. Ikatan perrtunangannya dengan Natasha Nadia yang berlangsung pada 2013 lalu akhirnya terputus di tengah jalan.

"Saya mengakui telah putus tunang secara baik pada Awal Muharram lalu. Keluarga saya telah pergi ke rumah tunang saya bagi memutuskan ikatan tersebut secara baik. Enggan mengaibkan mana-mana pihak, keputusan ini dibuat atas sebab peribadi.





"Kami tidak lagi berhubung kerana masing-masing meneruskan kehidupan, namun saya sedih kerana kehilangan orang baik di sekeliling seperti ahli keluarganya. Saya masih lagi mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluargnya dan saya juga rapat dengan abang kepada bekas tunang saya itu," ujar Ikhwan dipetik sebagai berkata.

Tambah Ikhwan, tidak mustahil ada pihak yang menuding jari kepadanya dan mempunyai persepsi bahawa dia yang bermasalah dalam hubungan tersebut. Namun katanya, dia memilih untuk memandang positif setiap apa yang berlaku dan berpendapat itu semua adalah kehendak Allah.



"Selepas ini sekiranya saya berjumpa dengan seseorang, saya merancang untuk terus menikah. Banyak dugaan dalam bertunang ini dan saya tidak sanggup untuk berhadapan dengan situasi begini lagi," ujar Ikhwan ketika ditemui media di majlis iftar bersama anjuran Hot FM, di Flora Terrace, Hampshire Place, Kuala Lumpur, semalam.





         ________________________


No comments: