15 July 2014

BERKAT DOA ANAK - ALHAMDULILLAH, ZIANA ZAIN KINI KEKAL BERHIJAB



Masihkah anda ingat bagaimana anak Ziana Zain, iaitu Muhammad Aiman, 14, pernah menasihati ibunya agar menutup aurat? Muhammad yang ketika itu bersekolah di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam, Selangor memohon ibunya agar memakai hijab kerana merasa malu di sekolah.

Artikel terdahulu:

Bagaimanapun, bila Ziana memberi alasan perlukan masa, Muhammad berkata, "kita tak tahu bila kita akan mati".

Namun hari ini (15 Julai 2014) bersamaan dengan Nuzul al-Quran, pastinya menjadi hari bahagia buat Muhammad apabila Ziana mengakui penampilannya di rakaman MeleTOP Raya merupakan imej baru buat dirinya. Alhamdulillah!





Malah apabila media menghubungi Diva tersebut menerusi panggilan telefon, Ziana dengan tenang mengakui hijrah itu adalah sebuah hadiah kemenangan dan juga kurniaan yang amat besar buat dirinya. Tambahnya, ia adalah berkat doa dari insan yang menyayanginya selama ini.

"Ini adalah hadiah yang Allah SWT berikan kepada saya, sebuah ganjaran yang dijanjikan setelah tidak putus-putus doa daripada peminat, kawan-kawan dan yang paling termakbul adalah doa kedua ibu bapa saya.



"Allah SWT telah berikan apa yang mereka semua pohon, sementara itu juga dibukakan pintu hati saya menerima syariat agama ini. Setelah beberapa tahun saya memasang niat, akhirnya hari yang dinanti sudah tiba. Perasaan yang datang itu bukan rasa yang biasa tetapi kuasa yang luar biasa.

"Tiada pengumuman yang nak dibuat kerana yang penting apa yang dituntut (berhijab) saya telah cuba penuhi bermula dari Ramadan ini dan harapan saya biarlah ia kekal ke akhir hayat.

"Tiada apa yang lebih bermakna dari apa yang Allah SWT kurniakan kepada saya sekarang, Alhamdulillah," ujar Ziana dipetik sebagai berkata.


         ________________________


No comments: