15 July 2014

MENANTU BELUM HAMIL - YUSOF HASLAM TAK SABAR TAMBAH CUCU



Datuk Yusof Haslam masih menanti dengan sabar untuk menimang cucu dari kedua-dua anaknya iaitu Samsul dan Syafiq. Meskipun sudah mempunyai 3 cucu, namun disebabkan belum ada tanda-tanda lagi yang isteri Samsul dan Syafiq hamil, Yusof tetap menaruh harapan tinggi untuk memiliki ramai cucu.

"Buat masa sekarang, saya dah ada 3 orang cucu dari anak sulong saya Faizal, kalau bilangan cucu saya bertambah itu adalah rezeki dan jumlah bilangan keluarga saya turut bertambah.

Klik gambar untuk size besar




"Bagaimanapun, saya bersyukur dengan kejayaan dan limpahan rezeki oleh-Nya dan berdoa kehidupan keluarga saya diberkati dan dilindungi," katanya.

Terdahulu, Yusof mengakui pernah bermimpi yang rumahnya dimasuk perompak dan disebabkan mimpi itu, beliau lebih berhati-hati dan mempertingkatkan sistem keselamatan ke atas rumah banglonya di Bukit Melawati, Ulu Klang, Selangor.



"Saya pernah bermimpi rumah saya dimasuki perompak, ketika kejadian ianya adalah realiti bukan lagi mimpi lalu saya menembak dinding untuk menakut-nakutkan penjenayah," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Mengenai cakap-cakap segelintir pihak yang mendakwa Yusof menembak sesuka hati, jelasnya tuan rumah mempunyai hak untuk menembak penjenayah sekiranya keselamatan dan nyawa terancam untuk mempertahankan diri serta keluarga.

"Dalam rumah kita memang ada kuasa, kecuali di luar rumah, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menembak suspek atau penjenayah, itu di luar bidang kuasa kita, hanya pihak polis yang boleh mengambil tindakan," ujarnya.

Dalam kejadian baru-baru ini, isterinya Datin Patimah Ismail trauma dengan rompakan yang berlaku di rumah mereka. Malah Patimah baru-baru ini juga pernah dimasukkan ke KPJ Tawakkal Specialist Hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Majlis iftar pertama saya berkat doa semua saya bertambah sehat. Amin," ujar Patimah melalui FBnya.

Selain Patimah, anaknya Syafiq juga alami truma kerana tidak percaya bilik tidurnya dirompak.

"Syafiq antara yang paling trauma, dia tengok di CCTV, biliknya digeledah dan diselongkar, perompak itu telah mengambil cincin dan jam tangannya," tambah Yusof yang telah mempertingkatkan lagi sistem kawalan keselamatan termasuk menambah bilangan cctv.


         ________________________


No comments: