24 July 2014

CINTA ERRA FAZIRA DAN AWIE 'KEMBALI BERTAUT'



Mungkin inilah masa yang dinanti-nanti oleh peminat Erra Fazira dan Awie apabila mereka sekali lagi menjadi pasangan kekasih. Lebih menarik, ada pihak yang tidak ambil pusing isu-isu panas yang melanda mereka berdua sejak akhir-akhir ini.

"Kami tidak pernah mengambil pusing mengenai isu-isu panas berkaitan dengan mereka lebih-lebih lagi Awie (yang kini sedang menjalani kes mahkamah berhubung isu pukul isteri).

Klik gambar untuk size besar




"Pemilihan mereka berdua lebih bersikap profesional dan kami yakin peminat-peminat mahu melihat mereka bergandingan semula di layar perak," ujar G. Ravindren, selaku penerbit bagi syarikat produksi TouchTronic Entertainment.

Untuk info, Erra dan Awie kembali menjadi kekasih melalui filem terbaharu iaitu 'Warna Cinta Impian' yang dilancarkan di Hotel Le Meridien selasa lalu. Kali terakhir mereka menjadi kekasih dalam lakonan ialah ketika pementasan teater muzikal 'Konsert Teaterikal Suara Kita'.

Awie dan Erra pernah bertunang Pada 1996


"Pemilihan mereka lebih kepada keserasian mereka yang pernah membintangi filem bersama sekitar tahun 1990-an dan kami percaya ramai peminat menantikan kemunculan gandingan mereka.

"Saya menganggap walaupun Erra dan Awie sudah lama tidak beraksi bersama, keserasian antara mereka masih lagi wujud untuk melakonkan watak sepasang kekasih," tambahnya.

Majlis pelancaran Warna Cinta Impian


Filem yang bakal memulakan penggambaran pada Ogos depan turut melibatkan pelakon-pelakon popular seperti Azlee Khairi, Nelydia Senrose, Shiqin Kamal dan Erwin Shah Dawson.

Mungkinkah kontroversi dan gosip hangat yang melanda Erra dan Awie mampu mengembalikan zaman kegemilangan mereka dalam filem? Selepas ini, mungkinkah akan timbul pula kontroversi baru yang melibatkan mereka berdua?

Untuk rekod, kira-kira 18 tahun lalu Awie dan Erra pernah bercinta selama lima tahun dan pernah melangsungkan pertunangan pada 1996. Awie bagaimanapun berkahwin dengan penyanyi muda Arni Nazira Anuar pada Disember 1998 kemudian bercerai dan mengahwini pula Rozana Misbun. Manakala Erra pula pernah berkahwin dan bercerai sebanyak dua kali iaitu dengan Yusry Abdul Halim dan Engku Emran.


         ________________________


No comments: