24 July 2014

ALIFF SATAR KAHWIN 15 SEPTEMBER, SAIDA TARUDDIN TUNGGU RESTU IBU



Jika Aliff Satar main sorok-sorok mengenai tarikh perkahwinannya, namun rahsia tersebut akhirnya 'dipecahkan' oleh tunangnya sendiri iaitu Sha Dila Halid. Menurut Sha, mereka berdua akan bernikah pada 15 September 2014 di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.

Majlis bersanding kedua-dua belah pihak pula akan diadakan pada 20 September.

"Untuk majlis persandingan, kami akan buat secara bersama bermula dari pagi sampailah ke malam. Ini memandangkan jemputan dari pihak Alif yang lebih ramai dari saya. Kad insyaAllah akan diedarkan tidak lama lagi," ujarnya yang telah mengikat pertunangan pada Januari lalu.





Sementara dalam kisah lain, kakak kepada Siti Nurhaliza iaitu Saida memberitahu media, dia masih menunggu restu daripada ibunya untuk bernikah lagi.

"Apa-apa sahaja perkara perlu mendapat restu dari ibu. Sama juga seperti berkahwin, kena dapatkan restu ibu, baru perkahwinan tersebut bahagia," jelas Saida yang berpisah dengan suaminya Mohd Ghazali Yahya Zikri pada Oktober 2011.



Untuk makluman, Saida kini sedang berkawan baik dengan seorang pengusaha produksi yang hanya mahu dikenali sebagai Apit. 'Kekasih' Saida itu dikatakan berusia 34 tahun dan berasal dari Balik Pulau, Pulau Pinang.

Mereka didakwa makin rapat selepas sering bertemu dan berbincang mengenai hal berkaitan produksi Siti Nurhaliza Production (SNP).


         ________________________


No comments: