24 July 2014

DIGOSIP BERCINTA - KEMESRAAN ANIS AL-IDRUS & SHARNAAZ



Gambar kemesraan Anis Al-Idrus atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus dengan Sharnaaz Ahmad yang sama-sama berniaga di bulan Ramadan di Medan Mara, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur.

Khabarnya, mereka bukan sekadar berniaga bersama, malah dikatakan sudah makin rapat umpama kekasih.

Bagi yang tidak tahu, Anis makin popular setelah muncul dalam Selamat Malam Kekasih menerusi watak Maya Karmilla, Gemersik Kalbu, Walid Walid, Tangisan Bulan Madu 2 dan Cuak.





Selain berlakon, Anis juga merupakan pengusaha bisnes tudung Nishbyanisalidrus.

Bagaimanapun, bila diajukan soalan mengenai hubungannya dengan Sharnaaz, model dan pelakon itu hanya mendiamkan diri. Media difahamkan, Anis tidak suka membicarakan hal peribadi dan sangat berahsia orangnya.

Bukan apa, jika benar mereka bercinta, bertuah Sharnaaz dapat kekasih sebaik Anis. Iyalah, orangnya sangat istimewa... bukan saja cantik, pandai bawa diri, berdikari tetapi baik budi pekerti dan berasal daripada keluarga berada. Tak gitu?






         ________________________


No comments: