24 July 2014

TERBABIT KEMALANGAN - HAFIZ SUIP PATAH TULANG



Bak kata pepatah, malang tidak berbau!

Demikianlah halnya dengan penyanyi Hafiz Suip yang baru-baru ini dia terlibat dalam satu kemalangan.

Hafiz dilaporkan telah terjatuh daripada motorsikal yang ditungganginya sekaligus patah tulang selangka atau clavicle yang terletak berhampiran dengan leher iaitu di atas bahagian dada.





Akibat kemalangan tersebut, Hafiz kini terpaksa berehat di kampung halamannya.

"Doktor menasihati saya supaya berehat beberapa hari bagi memulihkan kecederaan yang saya alami," ujarnya.

Harapan kita, moga Hafiz cepat sembuh dan dapat menyambut hari raya yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.














         ________________________


No comments: