04 July 2014

DAKWAAN PUKUL ISTERI - AWIE MENGAKU TIDAK BERSALAH DI MAHKAMAH



Awie hari ini mengaku tidak bersalah memukul isterinya Rozana Misbun, 36, di Mahkamah Majistret Ampang, Kuala Lumpur. Kesalahan tersebut didakwa berlaku kira-kira pukul 1.30 petang di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana Hulu Kelang.

Penyanyi dan pelakon itu yang nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.





Mengikut pertuduhan, dia dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, hingga menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan.

Berikutan itu, Awie didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.



Sementara itu, mahkamah telah memerintahkan Awie membayar ikat jamin sebanyak RM9,000 dengan dua orang penjamin dan menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Awie yang ditemui media enggan memberi sebarang komen mengenai dakwaan tersebut.

"Saya tidak mahu komen apa-apa takut nanti memberi kesan ke atas kes ini, namun saya tidak sangka sampai ke mahkamah jadinya," ujarnya ringkas.



         ________________________


No comments: