04 July 2014

FELIXIA YEAP 'RANIA' KINI SAH SEORANG MUSLIMAH



Tepat jam 6.30 petang semalam, bekas model Playboy akhirnya sah memeluk agama Islam. Felixia Yeap 'Rania' telah melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan pegawai agama sambil disaksikan oleh beberapa rakannya di Masjid Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Model yang pernah muncul dalam majalah Alia itu menjadi popular apabila dia mengambil keputusan untuk memakai hijab sekitar Januari lalu walaupun dia belum memeluk Islam.





Sejak popular, Felixia melebarkan kerjaya seni dalam bidang lakonan dan pernah berlakon dalam dua drama bersiri iaitu Nikah Kita Bercinta dan Sarafina.

"Alhamdullilah...selamat bergelar seorang Muslimah walaupun diberi extra dugaan hari ini. Amat bersyukur dengan kawan2 yang hadir tadi," ujarnya yang turut berpuasa sejak hari pertama.



"Apabila berpuasa, ia membuatkan saya lebih fokus sekali gus menyebabkan lebih tekun untuk membaca, mempelajari dan menambah ilmu Islam.

"Ibadah ini mengajar saya erti kesabaran dan bersyukur di atas nikmat kurniaan yang Allah SWT berikan," tambahnya.

Kini semua kisah silam Felixia hanya tinggal sejarah. Dia ibarat bayi yang baru dilahirkan, suci dan bersih daripada segala dosa. Syukur Alhamdulillah!



         ________________________


No comments: