11 July 2014

KANSER USUS - ENOT SUDAH BERSEDIA 'DIJEMPUT ILAHI'



Pelakon Enot, kini menerima hakikat bahawa penyakit kanser usus yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu agak sukar disembuhkan. Katanya, dia kini reda dan pasrah akan 'pergi' menemui ilahi, namun tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan rawatan.

"Saya sudah reda dan pasrah akan ‘pergi’, namun saya ada juga menjalani rawatan tradisonal dan ambil ubat-ubat tambahan untuk memberi tenaga," katanya.

Klik gambar untuk size besar




Sehubungan itu, Enot mengakui dia kini bekerja keras bagi menabung sebanyak mungkin untuk masa depan anak-anaknya. Selain itu, Dia juga menyimpan impian untuk menunaikan umrah bersama anak-anaknya sebelum meninggal dunia.

"Saya bekerja bukan lagi untuk saya tetapi untuk anak-anak. Saya nak kumpul duit untuk bekalan mereka bila saya sudah tiada nanti.

"Kalau ada rezeki lebih saya memang teringin nak menunaikan umrah jika mendapat peluang itu," ujarnya.

Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 34, turut memberitahu, dia kini enggan melakukan rawatan kemoterapi dan radioterapi yang disaran hospital bagi mengubati penyakit tersebut disebabkan sikap doktor di situ yang agak biadap.

"Saya tidak akan ke hospital untuk buat rawatan kerana doktor yang merawat saya terlalu biadap. Dia sanggup melemparkan kata-kata kesat yang menyinggung perasaan saya.

"Saya tidak mahu buat rawatan kemoterapi dan radioterapi, dia kata pergi matilah kalau tak mahu buat semua itu dan saya rasa ingin tumbuk sahaja muka dia ketika itu," ujarnya yang mengakui kejadian tersebut terjadi berikutan emosinya yang kini mudah tersinggung.

Alasan Enot enggan membuat rawatan kemoterapi kerana kegagalan kaedah rawatan itu terhadap ahli keluarganya yang turut mengalami penyakit kanser.

"Rawatan tersebut meyakitkan dan tidak berkesan, malah ahli keluarga saya yang membuat rawatan tersebut menjadi lebih parah bukan semakin sembuh," jelasnya dipetik sebagai berkata.



         ________________________


No comments: