21 July 2014

KEJUTAN UNTUK ROZANA MISBUN - AWIE DAPAT HAK PENJAGAAN ANAK



Kejutan akhirnya berlaku dalam kehidupan Rozana Misbun apabila suaminya Awie berjaya mendapatkan hak penjagaan sementara bagi ketiga-tiga anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur.

Laporan menyebut, peguam syarie yang mewakili Awie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memaklumkan perkara itu selepas prosiding di dalam kamar di hadapan Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz.





Selain itu, Awie juga mendapat perintah injuksi terhadap Rozana untuk tidak mendekati penyanyi itu serta anak-anaknya dalam apa jua cara termasuk melalui media cetak dan elektronik.

Difahamkan, Awie hadir bersama dua rakannya ke mahkamah, manakala Rozana tidak hadir ketika prosiding dijalankan.



Dalam perbicaraan 4 Julai lalu, Awie mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Rozana Misbun di Ukay Perdana, Hulu Kelang 2 Jun lalu.

Awie dan Rozana bernikah pada tahun 2005 dan dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha.




         ________________________


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...