22 July 2014

TERUK DIKRITIK - PENGACARA BAHARU MELODI 'KECIL HATI'



Siapa yang tidak kecil hati atau tersinggung apabila asyik menerima kritikan negatif. Begitu juga halnya dengan Sherry Alhadad, 30, yang menggantikan Zizan Razak bagi mengacarakan rancangan Melodi bersama Zulin Aziz dan Awal Ashaari sejak 6 Julai lalu.

"Tipulah kalau saya kata tidak kecil hati dengan komen dan kritikan penonton terhadap kami, sehingga saya fikir teruk sangatkah saya mengacara?





"Bagilah kami masa dan peluang untuk memperbaiki diri, ini baru tiga minggu kami bersama dan saya yakin lama kelamaan ia akan lebih baik," ujarnya yang masih lagi mencari keserasian.

Terdahulu, Sherry mengakui gandingan mereka memberi cabaran besar apabila negara digemparkan dengan pemergian Biduanita Datuk Sharifah Aini dan nahas pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH17.



Selain perlu sentiasa berhati-hati agar tidak terlepas cakap, mereka juga harus menjaga sensitiviti masyarakat agar tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.

"Dua episod awal ini sangat mencabar apabila berhadapan situasi yang sangat sensitif, kami perlu jaga percakapan dan tidak boleh terlepas lawak yang tidak kena tempat.

"Jadi pada episod MH17 Ahad lalu, kami memang tidak banyak cakap kerana sentiasa fikir apa yang perlu dicakap yang tidak menyentuh perasaan mana-mana pihak sehingga akhirnya tidak terkeluar apa yang hendak dicakap itu.



"Nasib baik Awal banyak pengalaman tentang itu, saya tahu ada yang komen kata kami tidak banyak cakap dan tiada fungsi pada minggu itu," ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Kalau boleh saya tidak mahu baca komen mereka sebab ia beri unsur negatif tetapi bila fikir balik, saya kena baca juga untuk saya perbaiki diri menjadi lebih baik," tambah Sherry yang kini sudah bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kritikan pedas.


         ________________________


No comments: