16 July 2014

KEKASIH DALAM DIAM - JAMAL ABDILLAH PILIH WARTAWAN METRO?



Memang banyak gosip cinta yang melanda Raja Pop kita iaitu Dato' Jamal Abdillah. Malah penyanyi Nas Adila juga didakwa hampir-hampir hendak dirisik oleh Jamal, namun gosip itu akhirnya menghilang bagai angin lalu.

Terkini, ada pihak yang mendakwa Jamal sudah ada pengganti. Bahkan title 'eligible bachelor' Jamal kemungkinan akan berakhir tidak lama lagi. Heh.

Jamal disamping wartawan Metro




Ini kerana, Jamal khabarnya semakin rapat dengan seorang wartawan di meja hiburan Harian Metro. Wartawan yang kononnya berjaya menawan hati Jamal ialah si cantik manis, Ramlah Zainal yang pernah kematian suami.

Aikkk... betul ke Jamal? Jika betul, moga kali ni benar-benar jadi dan bukan sekadar gosip semata-mata. Bak kata pepatah, ikan di laut asam di darat, dalam periuk bertemu juga. tak gitu?



Sumber: Murai


         ________________________


No comments: