16 July 2014

TAHNIAH - MOHD SAIFUL BUKHARI KINI BERGELAR BAPA



Isteri kepada Mohd Saiful Bukhari, iaitu personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman selamat melahirkan cahaya mata pertamanya Isnin lalu, kira-kira jam 5.35 petang di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Berita gembira tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Mohd Saiful di laman sosialnya, dan bayi lelakinya itu telah diberi nama Yusuf Bukhari bin Mohd Saiful Bukhari.





"Alhamdulillah, isteri saya Sue Megat Deraman selamat melahirkan cahaya mata lelaki pertama kami. Syukur Ya Allah atas kurniaan dan rezeki yang diberi. Hadiah hari lahir paling bermakna. Selamat Datang Anakandaku Yusuf Bukhari bin Mohd Saiful Bukhari," ujarnya.

Tahniah diucapkan!




         ________________________


No comments: