09 July 2014

KERETA WAWA ZAINAL 'HILANG' - MIG NAFI 'BURUK SIKU'



Wawa Zainal yang bengang gara-gara kereta Suzuki Swift bernombor pendaftaran WWW 5833 hilang dan ghaib sekian lama, telah meluahkan perasaan tidak puas hatinya menerusi laman Twitter.

Dalam kebanyakan status Wawa di Twitter itu, dia mengesa pencuri tersebut memohon maaf dengan segera dan mengakui kesalahannya. Status itu juga turut di sokong suaminya Aeril Zafrel.

Ia tiada kena mengena dengan MIG - David




Untuk info, kereta tersebut dikatakan telah ‘ghaib’ kira-kira setahun yang lalu tanpa sebarang kesan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Metrowealth International Group (MIG), David Teo enggan mencampuri sebarang urusan berkaitan isu kehilangan kereta milik Wawa.

"Saya tidak tahu menahu mengenai kejadian tersebut dan enggan mencampuri urusan Wawa kerana dia bukan lagi artis bawah pengurusan saya," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Bagaimanapun, bila ditanya mengenai status sindiran pelakon itu dan kepada siapakah ia ditujukan... David menegaskan ia bukan ditujukan kepada pihaknya.

"Mungkin sindiran itu dibuat untuk pengurus, keluarga atau teman rapatnya. Ia tiada kena mengena dengan MIG," tegasnya yang mengakui kereta berkenaan adalah milik MIG yang diberikan kepada Wawa semasa pelakon itu menjadi artis di bawah naungan syarikat tersebut.

"Sejak Wawa mengambil keputusan untuk meninggalkan MIG selepas kontroversi perkahwinan rahsianya dengan aktor Airel Zafril tahun lalu, kami tidak pernah lagi berjumpa," tambah David.



         ________________________


No comments: