10 July 2014

KERJA HANYA MAKI ORANG - AZWAN ALI DIBAYAR UPAH LUMAYAN OLEH ASTRO?



Mendengar pengakuan Azwan Ali ini, pasti ada yang kurang percaya. Mana tidaknya, takkan hanya maki hamun orang, boleh dapat upah lumayan sampai ribuan ringgit? Sedangkan orang kampung yang susah payah panjat dan petik kelapa hanya dapat beberapa ringgit sahaja sehari!

Tapi itulah hakikat yang diakui oleh Diva Negara ini. Dakwanya meskipun sudah agak lama tidak muncul di kaca televisyen, tetapi dia tidak pernah putus rezeki.

"Sudah 25 tahun saya jadi artis. Allah itu Maha Mengatur semuanya. Saya pernah naik, saya pernah jatuh. Tapi disaat saya jatuh, saya tak terduduk. Orang saja anggap yang saya terduduk. Saya tahu pada ketika itu, musuh-musuh saya semua bertepuk tangan.





"Tapi hakikatnya orang tak tahu yang rezeki saya tidak pernah putus. Bila agak lama saya tidak muncul di mana-mana program TV, orang bertanya pada saya, 'Kau dah lama tak keluar tv. takde job eh, kau buat apa?' Memang itu soalan yang berbisa untuk saya telan.

"Saya akui saya memang pernah tidak dapat apa-apa tawaran. Tapi Allah Maha Kaya. Pihak Astro pernah tawarkan saya tugas memaki hamun para peserta MasterChef Selebrti untuk musim dua tahun lepas. Untuk job itu saja, saya dibayar ribuan ringgit.



"Pihak Astro siap bagi saya Astro On The Go lagi. Saya tak perlu susah-susah nak ke Astro, nak keluar TV. Saya duduk rumah jer, duit masuk. Malah program-program saya seperti Sembang Teh Tarik mendapat rating yang tinggi.

"Jadi saya tak kisah, kalau orang tak suka, benci dan menyampah dengan saya, saya tak peduli semua itu", ujarnya ketika ditemui media pada Sidang Media Program-program Astro Sempena Aidilfitri dan Majlis Berbuka Puasa bertempat di hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, semalam.

Terdahulu mengenai kenyataannya yang menghina juadah di bazaar Ramadan hingga mencetuskan kontroversi, Azwan Ali mendakwa makiannya itu bukan ditujukan kepada semua bazaar Ramadan, tetapi kepada satu saja kawasan kerana terlalu marah dan berasa tidak puas hati apabila kuah murtabak yang di beli didapati telah basi.

Hinaan itu bagaimanapun telah membuat para perniaga bazaar marah hingga Azwan diugut mahu dicincang hidup-hidup sekiranya Azwan menjejakkan kaki ke mana-mana bazaar sekalipun.

"Saya tak tujukan pada semua bazaar, saya tulis kebanyakan. Dan walaupun saya diugut, kononnya mereka (para peniaga bazaar) mahu cincang saya hidup-hidup, saya tak takut. Pada Sabtu ini saya akan menyertai TV9 memeriakan bazaar ramadan di Aeon Melaka.

"Saya akui sikap saya yang terlalu lancang di media sosial banyak memberi pengajaran kepada saya. Seperkara yang saya belajar, masyarakat kita di tak boleh ditegur secara direct.

"Sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang ini, saya ingin mohon maaf kepada semua. Tapi kalau ada yang tak mahu maafkan saya atau berdendam dengan saya, tak mengapalah. Selama ini apa saja tindak tanduk saya terutama di laman sosial hanyalah kerana mau mempertahankan kenyataan saya", katanya yang akan berangkat ke Mekah bagi menunaikan ibadah umrah kali ke-7 pada 21 Julai ini.



         ________________________


No comments: