04 July 2014

KES PUKUL : JANGAN ADILI MANUSIA SELAGI TIADA KEPASTIAN - AWIE



Berikutan kes mahkamah yang melibatkan pelakon dan penyanyi Rock Awie, berikut adalah temubual media mengenai perasaannya dituduh terbabit dalam kes tersebut.

Untuk makluman, Awie didakwa memukul isterinya Rozana Misbun, 36, kira-kira pukul 1.30 petang di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana Hulu Kelang, Selangor.

"Hikmah kejadian ini sebenarnya hanyalah untuk mereka yang terpilih saja..terpilih olehNYA. Mungkin sudah terlalu banyak orang beranggapan buruk pada saya tetapi mungkin tidak di mataNYA.





"Alhamdulillah, benda ini terjadi pada diri saya dan bukan pada diri keluarga isteri saya. Masyarakat mungkin sudah lali dengan anggapan jahat terhadap diri saya tetapi bukan terhadap keluarga isteri saya.

"Kalau kena kepada keluarga isteri saya, mungkin mereka tidak boleh tahan dan tidak boleh terima keadaan ini. Tetapi, ianya berlaku ke atas diri saya.



"Alhamdulillah...eh boleh saya sebut ke saya sebut Alhamdulillah, nanti ada yang marah? Tuduhan dibuat oleh isteri saya, saya terima tetapi mahkamah yang akan menentukan segalanya.

"Jangan adili manusia selagi tiada kepastian yang nyata dan cerita yang sebenarnya. Insya Allah, kita sama-sama tunggu dan lihat.

"Berjayanya lelaki, pasti ada seorag wanita dibelakangnya. Kalau saya sekarang ini nak dikategorikan apa? Wallahualam," ujarnya dipetik sebagai berkata.



         ________________________


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...