05 July 2014

TAKZIAH - DATUK SHARIFAH AINI MENINGGAL DUNIA



Setelah sekian lama menderita jangkitan paru-paru (fibrosis), akhirnya biduanita negara, Datuk Sharifah Aini, 61, meninggal dunia awal pagi ini di Pusat Perubatan Pakar Damansara, Selangor.

Artikel terdahulu:

Allahyarham yang dimasukkan ke unit rawatan rapi itu pada Selasa menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 pagi (Sabtu).

Untuk info, Allahyarham dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar akibat kesukaran bernafas.





Jenazahnya akan dibawa ke Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Petaling Jaya selepas solat Subuh. Beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.

Sedikit mengenai Sharifah Aini, Allahyarham adalah anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.

Namun sejak usia lapan bulan lagi, Allahyarham mula dijaga serta dibesarkan oleh neneknya, Tengku Wan Mariam Tengku Wan Tahir serta datuknya, Syed Sahil Syed Ali Al-Jufry, di Majidee, Johor Bahru.

Datuknya seorang pemandu teksi dan kehidupan mereka keluarga bukanlah senang. Allahyarham sewaktu kecil pernah mengambil upah menggiling cili dan menjual buah nangka serta kuih.

Allahyarham hanya menjadi artis selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Allahyarham kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.

Seterusnya, nama Sharifah Aini terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.

Allahyarham menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.

Al-Fatihah




         ________________________


No comments: