05 July 2014

JENAZAH BIDUANITA NEGARA SHARIFAH AINI SELAMAT DIKEBUMIKAN



Jenazah Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, yang meninggal dunia pagi tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur kira-kira jam 12.10 tengah hari.

Jenazah pada awalnya telah dibawa dari Pusat Perubatan Pakar Damansara ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur dan diziarahi ramai rakan artis yang sudah menunggu di masjid untuk memberi penghormatan terakhir.





Antara yang hadir menziarahi ialah Uji Rashid, Datuk Hattan, Hail Amir, Zaiton Sameon, Ellie Suriati, Datuk Sarimah Ahmad, Aznah Hamid, Datuk Siti Nurhaliza, Habsah Hassan, Datuk Chef Wan, Fazli Zainal, Salwa Abdul Rahman, Rohana Jalil dan ramai lagi.











         ________________________


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...