Dalam kesedihan ramai pihak kerana kehilangan Biduanita Datuk Sharifah Aini, rupa-rupanya semalam juga pelakon Linda Rafar turut kehilangan anaknya Rezaimen Keiflin yang berumur 12 tahun.
Artikel terdahulu:
Anak Linda meninggal dunia akibat ketumbuhan kronik dalam perut sejak awal tahun ini. Berita sedih itu telah dimaklumkan sendiri oleh Linda melalui laman sosial Instagramnya, kira-kira jam 6 petang semalam.
"Al-Fatihah. Moga anak mama tenang di syurga ALLAH," demikian kata Linda.
Difahamkan, Jenazah Rezaimen keiflin telah disembahyangkan di jalan layang-layang 6/4a sec6 Shah alam, Selangor sebelum dikebumikan.
Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.
________________________
No comments:
Post a Comment