"Saya tidak terkejut sama sekali isu ini timbul kerana ia perkara normal dan ianya berlaku sangat pantas. Pada saya, normal jika sepasang kekasih berselisih faham tetapi perselisihan faham itu bukan kerana hubungan kami ada masalah, sebaliknya kerana isu luar yang lain," demikian kata Nelydia Senrose mengenai isu 'pergaduhannya' dengan Qi Razali depan umum.
Semuanya gara-gara dakwaan 'seseorang' yang memberitahu media bahawa mereka terserempak dengan pasangan kekasih itu sedang 'bergaduh' di sebuah pusat membeli-belah di Damansara, Selangor.

Malah gelagat mereka turut menarik perhatian orang sekeliling kerana Nelydia dilihat mengalirkan air mata. Disebabkan itu, timbul tanya tanya sama ada hubungan pasangan ini mempunyai masalah atau baik-baik sahaja.
Bagaimanapun, Nelydia menjelaskan bahawa hubungannya dengan Qi baik-baik sahaja dan harap peminat yang terlihat dia menangis tidak salah faham. Nelydia menjawab kekeliruan tersebut ketika ditanya media di majlis berbuka puasa HBO Despicable Me 2 versi Bahasa Malaysia di Le Meridien, Kuala Lumpur, kelmarin.
Terdahulu, ditanya mengenai persiapan sambutan Syawal tahun ini, Nelydia berkata yang mereka sekeluarga tidak begitu teruja menyambut Raya kerana baru sahaja kehilangan nenek sebelah ayahnya kira-kira sebulan lalu.
"Tahun ini kami tidak begitu teruja dengan persiapan menyambut raya kerana baru sahaja kehilangan nenek kami. Boleh dikatakan setiap tahun kami akan pulang ke kampung beraya, namun tahun ini mungkin kami hanya beraya di sini (Kuala Lumpur) dulu sebelum pulang ke kampung pada Raya kedua untuk melawat pusara nenek," ujar Nelydia dipetik sebagai berkata.
________________________
No comments:
Post a Comment