12 July 2014

ISU 'BURUK SIKU' - AERIL ZAFREL KUMPUL BUKTI BANTU POLIS



Ingatkah anda dengan isu 'buruk siku' yang melibatkan kehilangan kereta Wawa Zainal iaitu Suzuki Swift bernombor pendaftaran WWY 5833? Menurut Aeril Zafrel dan Wawa, mereka sebenarnya rasa kecewa terhadap individu yang dikenali kerana asyik berpura-pura mengenai kehilangan kereta itu sekitar tahun lalu.

Artikel terdahulu:

"Kami kecewa dengan tingkah laku dia. Kami memang dah kenal lama individu ini. Ada masanya dia merasa begitu rapat dengan kami. Tapi dia boleh pura-pura tak tahu sedangkan dia adalah punca," ujar Aeril dipetik sebagai berkata.





Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan siapalah gerangan orang itu kerana perkara ini masih dalam siasatan pihak polis.

"Kami dah buat laporan polis sejak tahun lepas. Lagipun kami masih dalam proses mengumpul segala bukti. Biar pihak berkuasa menjalankan tugas mereka terlebih dahulu. Sampai masanya kebenaran akan datang," tambahnya.



Bagi menjelaskan kekeliruan, kata Aeril kereta tersebut bukan milik MIG seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Katanya kereta tersebut memang atas nama MIG tapi isterinya yang membayar ansuran pinjaman setiap bulan.

"Waktu Wawa nak beli kereta tu, dia tak cukup syarat untuk membuat pinjaman kereta. Oleh kerana itu, kereta tersebut dibeli atas nama MIG. Tapi wang pendahuluan, bayaran setiap bulan dan sebagainya dibuat oleh Wawa,” jelas Aeril kepada media.



         ________________________


No comments: