02 July 2014

NIKAH JANUARI 2014 - SHARIFAH ALEYA AKHIRNYA HAMIL ANAK KETIGA



Rasa seperti baru sahaja Sharifah Aleya mendirikan rumahtangga dengan Miko atau nama sebenarnya Muhammad Azam Abdullah. Tapi rupa-rupanya, sudah lebih enam bulan mereka berkahwin. Terkini, kami mendapat berita yang Leya disahkan mengandung buat kali kedua dan bakal melahirkan anaknya itu pada awal januari 2015.

Artikel terdahulu:

"Alhamdullilah, Saya rasa sangat teruja. Daripada belum mengandung lagi pun saya dah berangan macam-macam. Leya cakap dengan suami nak pantang di rumah sendiri. Jadi bila dah mengandung dan pertama kali duduk di rumah sendiri, perasaan itu sangat berbaloi.





"Sebenarnya tiada beza layanan yang diberikan kepada saya. Sebab saya rasa macam dah lama kenal dia. Jadi tiada masalah. I am a princess at home.

"Anak-anak pun cukup teruja nak dapat adik. Cuma kami bukan jenis yang nak mengumumkan berita ini. Ya. Ia benda baik, tapi biarlah ia disahkan terlebih dahulu. Sama juga lah macam situasi saya nak nikah dulu," ujar Leya sebagai berkata.



Untuk rekod, sebelum ini Leya pernah melahirkan anak kembar iaitu Aza Ameena dan Asha Ameena hasil perkahwinannya yang terdahulu dengan Muhammad Ashraf Aasimudin.

Tahniah diucapkan!






         ________________________


No comments: