07 July 2014

RUMAH DIROMPAK - YUSOF HASLAM LEPASKAN TIGA DAS TEMBAKAN



Datuk Yusof Haslam, 60, melepaskan tiga das tembakan gara-gara rumah banglo mewahnya di Taman Melawati, Ulu Kelang, Selangor dimasuki perompak. Bunyinya macam adegan dalam drama Gerak Khas, tetapi ia sebenarnya adalah satu realiti yang berlaku kira-kira pukul 2,30 pagi tadi.

Untuk info, kejadian berlaku ketika Yusof sedang menonton televisyen dan tiba-tiba terdengar jeritan orang gaji di tingkat bawah yang menyebabkan beliau bergegas ke biliknya untuk mengambil senjata api.





Menurut sumber polis, Yusof melepaskan satu das tembakan pertama sebagai amaran ke arah tangga rumah dan melepaskan lagi dua das tembakan ke kawasan hutan kerana mengesyaki penjenayah melarikan diri ke arah berkenaan.

Selanjutnya, Yusof mendapati pintu rumahnya telah diumpil manakala bilik di tingkat empat rumah itu berselerak akibat digeledah.



"CCTV di rumah berjaya merakamkan kelibat penjenayah sebelum lensa kamera itu dialihkan bagi mengelak di kesan namun keadaan mereka yang bertopeng menyukarkan kami untuk mengesan wajah mereka," kata isteri kepada Yusof iaitu Datin Patimah Ismail.

Bagaimanapun, dua pembantu rumahnya telah dicederakan oleh penjenayah berkenaan ketika kejadian namun beliau bersyukur keadaan mereka selamat.



"Kesemua penjenayah berkenaan mengacukan pisau kepada pembantu rumah saya namun bersyukur mereka tidak diapa-apakan cuma mereka berjaya mencuri barangan milik Syafiq seperti cincin perkahwinan dan jam tangan berjenama," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Tindakan pantas Yusof melepaskan beberapa das tembakan amaran kepada penjenayah tersebut berjaya menakutkan mereka meskipun kesemua perompak itu berjaya melarikan diri.

"Apabila terdengar sahaja jeritan daripada pembantu rumah, suami (Yusof) segera mengambil pistol dan melepaskan tembakan amaran dan mereka melarikan diri," tambahnya.



         ________________________


No comments: