21 July 2014

SANA SINI - AARON AZIZ DAN KEDAI MAKANNYA



SANA SINI:

Bukan peniaga bazar ramadan sahaja yang sibuk dibulan Ramadan, malah Aaron Aziz juga sibuk menguruskan kedai makan yang baru dibukanya. Difahamkan, ia berkonsepkan kafe dan diberi nama Kidz & Creme, dan sudah mula beroperasi sejak sebulan yang lalu di Setia Alam, Selangor..

"Alhamdulillah, ini satu lagi impian saya untuk membuka restoran yang berbentuk kafe. Istimewanya, kafe ini turut menyediakan ruangan berkonsepkan dapur khas untuk anak-anak yang datang bersama ibu bapa mereka. Sebab itu saya namakan kafe ini sebagai Kidz & Creme," ujar Aaron dipetik sebagai berkata.





"Sepanjang Ramadan ini kita menyediakan hidangan berbuka puasa berbentuk bufet. Dan selepas hari raya nanti, kafe kita akan beroperasi seperti biasa iaitu 12 tengah hari sehingga 9.00 malam untuk hari bekerja kecuali Isnin dan pada waktu hujung minggu sehingga jam 10.00 malam," ujar isterinya pula, Diyana.

"Sepanjang Ramadan ini boleh dikatakan setiap hari dia akan datang kafe. Dia tidak mahu duduk diam sebaliknya dia juga sibuk bekerja menjadi pelayan. Kalau nak tahu, dia sangat pentingkan kebersihan. Dan dia sangat cerewet tentang hal itu," tambah Diyana.

Untuk info, Aaron kini juga sedang sibuk memromosikan filem 'Tembus' yang akan ditayangkan pada 28 Julai ini diseluruh negara.

Klik gambar untuk size besar











         ________________________


No comments: