25 August 2014

BAWA KES KE MAHKAMAH TINGGI - RITA RUDAINI TUNTUT MUTAAH RM300,000



Pelakon Rita Rudaini hari ini menuntut bekas suaminya Aidil Zafuan membayar RM300,000 dalam satu tuntutan mutaah yang difailkannya di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor.

Menurut peguamnya, Datuk Zaidi Mohd Zain, Rita memfailkan permohonan tuntutan itu pada 7 Julai lalu dan ianya telah disebut hari ini di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Atrasina Mohd Zahrullail.





Bagaimanapun Aidil Zafuan selaku defendan tidak hadir tanpa sebarang alasan biarpun pihaknya telah menyerahkan saman pada 20 Ogos lalu.

"Sebelum ini defendan juga tidak hadir pada 14 Ogos menyebabkan proses yang berlangsung pada hari tersebut gagal. Mahkamah menetapkan 11 September depan sebagai sebutan," ujarnya dipetik melalui laporan akhbar.




Untuk info, mutaah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut Hukum Syarak. Kadar mutaah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mutaah tersebut.


         ________________________




No comments: